Sebuah kitab kecil yang menghimpunkan bacaan-bacaan selawat pilihan untuk membantu kita lebih mudah membaca, memahami dan menjadikannya sebagai amalan harian.
Kita mungkin memang mahu banyakkan selawat. Tetapi apabila tidak mempunyai panduan yang tersusun, amalan itu mudah terhenti selepas beberapa hari.
Sebab itu sebuah panduan ringkas boleh membantu.Kadang-kadang bukan kita tidak mahu beramal. Kita cuma perlukan sebuah panduan yang mudah dicapai, senang dibaca dan boleh terus diamalkan tanpa perlu mencari bacaan daripada pelbagai tempat.
Selawat bukan sekadar bacaan di bibir. Ia merupakan tanda ingatan, penghormatan dan kecintaan seorang umat kepada Rasulullah SAW.
Membantu hati sentiasa mengingati Rasulullah SAW dan menyuburkan rasa cinta kepada Baginda.
Selawat boleh dijadikan antara amalan ketika hati terasa sibuk, penat atau sedang melalui kesukaran.
Boleh dibaca selepas solat, ketika memandu, sedang menunggu atau pada waktu lapang.
Amalan yang kecil tetapi dilakukan secara berterusan boleh membantu membentuk rutin kehidupan yang lebih baik.
Boleh dijadikan bahan bacaan ringkas bersama pasangan, anak-anak dan ahli keluarga di rumah.
Pelbagai bacaan selawat dihimpunkan dalam satu buku supaya lebih mudah dirujuk dan diamalkan.
Kutaib Selawat disusun untuk membantu pembaca memahami asas beramal sebelum membaca himpunan selawat yang tersedia.
Sesuai dimiliki sendiri atau diberikan sebagai hadiah kepada insan yang kita sayangi.
Sebagai panduan membina amalan selawat setiap hari.
Dijadikan bahan bacaan bersama pasangan dan anak-anak.
Hadiah yang ringkas tetapi memberi manfaat kepada penerima.
Sesuai diberikan kepada pelajar, jemaah atau peserta program.
Boleh beli untuk kegunaan sendiri, keluarga, sahabat atau dijadikan hadiah.
Ya. Buku ini disusun secara ringkas dan mengandungi bacaan selawat berserta maksud untuk membantu pembaca mula beramal secara berperingkat.
Buku ini menghimpunkan sebanyak 40 selawat pilihan, termasuk Selawat Ibrahimiyyah, Selawat Syifa, Selawat Munjiyah dan pelbagai selawat lain.
Ya. Himpunan utama di dalam buku ini disertakan bacaan Arab, maksud serta nota atau rujukan pada bahagian tertentu.
Ya. Saiznya yang ringkas, kandungannya yang bermanfaat dan harganya yang mampu milik menjadikannya sesuai diberikan kepada keluarga, sahabat atau peserta majlis ilmu.
Harga 1 naskhah ialah RM10. Pakej 5 naskhah berharga RM47.50, manakala pakej 10 naskhah hanya RM90.
Sediakan sebuah panduan yang boleh dicapai pada bila-bila masa. Mulakan dengan sedikit, kemudian istiqamahkan selawat sebagai sebahagian daripada rutin harian kita.